Friday, April 1, 2011

Tensile Structures for Sketchup

Struktur Tensile adalah suatu rekabentuk yang menarik, moden dan canggih yang mampu menjadikan idea rekabentuk anda lebih menarik dan serbaguna. Setiap individu yang ingin melakarkan idea asal tetapi tersekat dan berhadapan dengan masalah darisegi visual struktur.
Plugin Soap Skin & Bubble adalah alatan untuk membantu pereka dalam mengkaji mekanikal dan struktur regangan permukaan Tensile pada peringkat awal proses rekabentuk.


Antara fungsi dan juga kegunaan plugin ini dalam proses merekabentuk:
Proses mencari bentuk: alatan untuk menghasilkan bentuk 3D
- modifikasi visual jaring/tensile (gerak, pusing)
- ridge dan vally cable
- anchoring cables
- manipulasi karakter jaring
Proses menganalisis membran
- kekuatan membran
- kekuatan kabel
Proses menganalisis struktur sokongan


Semua fungsi alatan plugins Soap Skin & Bubble ini hanya berfungsi untuk tujuan draft arkitek atau pereka sahaja dalam menganggarkan struktur dan kos kasar pembinaan.


Contoh penghasilan struktur tensile menggunakan plugin ini:
Hyper Paraboloid
Saddle-surface
Ridge-Valley-Surface
Pneumatic-surface

AKAN DATANG! Tutorial penggunaan plugin Soap Skin & Bubble dalam Bahasa Melayu




No comments:

Post a Comment

Pages

KENAPA KONTRAKTOR BINA RUMAH PERLU ILMU 3D DESIGN?

  Sehingga tahun 2020 ini, sektor pembinaan di negara kita semakin pesat berkembang. Lahirnya kontraktor pembinaan seperti "cendawan tu...