Thursday, March 31, 2011

How To Make Organic Forms in Google SketchUp?


Apakah plugins yang membolehkan kita menghasilkan model 3D yang tepat secara cekap, baik dan cukup sempurna? Tiada ataupun tidak tahu? 


Disini kita akan membongkarkan rahsia bagaimana untuk menghasilkan pelbagai rekabentuk 3D yang berbentuk halus, tidak berbucu dan kemas, dimana ianya membolehkan kita menghasilkan model 3D organik.

Tgi3D

Tgi3D® SU (Tgi3D® SketchUp Plugin) adalah plug-in untuk Google SketchUp yang mengandungi alat-alat yang memudahkan kita:
1) Menghasilkan model 3D yang lebih realistik
2) Merekabentuk model 3D dengan permukaan bentuk-bebas (free form) dengan menyediakan pelbagai alatan bantuan untuk mencipta jaringan halus.



Plugin Tgi3D SU Amorph ini memerlukan perisian Google SketchUp v7.1 dan ke atas.

For Windows XP/Vista/7 & Mac OS X (10.5+)


Galeri model yang dihasilkan menggunakan plugins Tgi3D:

Download this model
Download this model
Download this model
TIPS DAN TRIK ASAS PENGGUNAAN PLUGIN Tgi3D® SU:


sumber video: www.sublog.net


sumber video: www.sublog.net


AKAN DATANG! Tutorial penggunaan Tgi3D® SU Plugin dalam Bahasa Melayu



Download Catchup Edisi Pertama (8.05 MB) Klik disini

1001bit Pro is Architectural Tools for Sketchup


Dengan plugin 1001bit versi Standard Tools, kita boleh membina elemen parametrik senibina seperti tangga, tingkap, pintu, atap, aliran udara, pengiraan keluasan lantai dan lain-lain lagi dalam hanya beberapa minit sahaja!


Manakala dengan plugin 1001bit Pro pula membolehkan kita membina unsur-unsur senibina bahkan lebih daripada yang kita bayangkan, disertakan dengan alat editing bagi memudahkan proses mengubah dan menyesuaikan binaan unsur dengan lebih kemas, tepat dan ringkas. Terima kasih kepada 1001bit kerana memudahkan kerja-kerja merekabentuk idea kami!

AKAN DATANG! Tutorial penggunaan plugin 1001bit Pro dalam Bahasa Melayu

Menghasilkan Skrin
Menghasilkan Tangga
Menghasilkan Bumbung


Tutorials SketchUp Plugins

Untuk pengetahuan kita semua, plugin SketchUp adalah dikenali sebagai Ruby Scripts. Ruby adalah pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk menghasilkan ataupun menulis plugin (script) untuk Google SketchUp. Selepas memasangnya, pengaturcaraan ini membolehkan kita menambah alatan, memudahkan operasi yang kompleks, dan ianya mampu meningkatkan teknik atau cara kita mengendalikan kerja menggunakan SketchUp.

Adakah pengguna SketchUp perlu tahu? Berita baiknya adalah kita sebagai pengguna SketchUp tidak perlu tahu tentang pengaturcaraan ini apabila menggunkan Ruby script yang telah dihasilkan oleh orang lain.

Bagaimana untuk menggunakannya? Kita boleh menemui beberapa pengaturcaraan yang telahpun disediakan PERCUMA untuk para pengguna SketchUp:

Proses memasangkan Ruby Scripts:

LANGKAH 1: Sila download fail Ruby Scripts ke komputer anda
LANGKAH 2: Kebiasaannya, fail yang tersedia adalah dalam bentuk zip, anda perlu meng-estrak-kan fail tersebut. Klik sebnyak dua kali. Anda akan dapati fail tersebut dalam format: .Rb
LANGKAH 3: PERLU DIINGATKAN: Sila tutup SketchUp sekiranya anda tengah melakukan kerja.
LANGKAH 4: Copy fail Ruby Script ke folder yang tepat untuk. CONTOH: 

windows: My Computer>Local C:\>Program Files>Google>Google Sketchup 7>Plugins
Mac OS X: /"Hard Drive" Library/Application Support/Google SketchUp 7/SketchUp/Plugins




PERCUMA! Koleksi plugin SketchUp:




FREE! Vray Material FOR SketchUp


Kategori Material:
  • Architecture
  • Car Paint
  • Cloth
  • Emissive
  • Glass
  • Leather
  • Liquid
  • Marble
  • Metal
  • Misc
  • Plastic
  • Porcelain
  • Rubber
  • Stone
  • Wax
  • Wood
Download Percuma (34.9 MB)  Klik disini


AKAN DATANG! Tutorial penggunaan Vray Untuk Sketchup dalam Bahasa Melayu

Vray Basic Render Settings FOR Beginners

Manual Penggunaan Vray untuk SketchUp




AKAN DATANG! Tutorial penggunaan Vray Untuk Sketchup dalam Bahasa Melayu


Alami pengalaman pertama mencuba Vray untuk SketchUp dengan penggunaan percuma selama 30 hari sebagai tempoh percubaan. Versi percubaan ini merangkumi keseluruhan fungsi penggunaan tanpa had.

Wednesday, March 30, 2011

Beginner's SketchUp Tutorial

Belajar 3D mudah dan pantas, sesiapa sahaja boleh mempelajarinya

Satu–satunya PEMBONGKARAN SULIT secara teliti bagaimana menghasilkan Model / Grafik 3D seperti seorang professional walaupun anda tidak pernah mempelajarinya sebelum ini! Pelajar sekolah pun boleh buat! 
eBook Asas Pengenalan Penggunaan 3D Google Sketchup telah dilancarkan pada tahun 2010 yang dihasilkan oleh penulis muda, Ikhwan Hasyidan Ilyas (B.Sc Architecture) dimana beliau merupakan salah seorang pengguna tegar perisian 3D GOOGLE SKETCHUP selama 5 tahun dan mengajar penggunaan perisian ini serta telah mengkaji penggunaannya kepada semua orang termasuklah kepada murid sekolah.



ADAKAH ANDA TAHU PERBEZAAN ANTARA GOOGLE SKETCHUP DENGAN GOOGLE SKETCHUP PRO?
GOOGLE SKETCHUP PRO
 
GOOGLE SKETCHUP

The Shortest Line in the History of SketchUp

SketchUp dibangunkan oleh syarikat @Last Software dari Boulder, Colorado yang ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Brad Schell dan Joe Esch.
2008 Google Basecamp
SketchUp dilancarkan pada Ogos 2000 sebagai sebuah alat perisian 3D untuk merekabentuk apa sahaja, dengan slogan "3D untuk Semua Orang".

Dengan terhasilnya perisian yang ringkas ini akan membolehkan para pereka profesional bekerja umpama memegang sebatang pen dan menghasilkan kerja di atas permukaan kertas, dimana ianya sesuai untuk digunakan dan mudah untuk diterokai oleh para perekabentuk dalam penghasilan sebuah rekabentuk yang lebih kompleks, serbaguna dan luarbiasa. Perisian ini didatangkan khas dengan sistem butang 'mesra pengguna' untuk menjadikanya lebih mudah untuk digunakan.


Perisian ini telah memenangi Community Choice Award dalam Tradeshow pertama pada tahun 2000 dimana ianya sebuah perisian yang mudah untuk dipelajari dalam masa yang singkat berbanding perisian 3D yang lain di seluruh dunia.


Pada tarikh 14 Mac 2006, pihak Google tertarik dengan teknologi yang dibangunkan oleh @Last Software dalam mengembangkan plugin untuk Google Earth.


Dalam pelancaran SketchUp 6 pada 9 Januari 2007, perinsian ini dinaiktaraf dengan menunjukkan alat-alat baru serta versi beta dari Google SketchUp Layout. Layout termasuk alat vektor 2D, serta alat-alat kertas kerja bertujuan untuk memudahkan para profesional dalam mempersembahkan idea atau rekabentuk tanpa beralih ke program perisian yang lain.


Allyson McDuffie, SketchUp for Education Program Manager

Pages

KENAPA KONTRAKTOR BINA RUMAH PERLU ILMU 3D DESIGN?

  Sehingga tahun 2020 ini, sektor pembinaan di negara kita semakin pesat berkembang. Lahirnya kontraktor pembinaan seperti "cendawan tu...