Monday, August 31, 2020

KENAPA KONTRAKTOR BINA RUMAH PERLU ILMU 3D DESIGN?

 

Sehingga tahun 2020 ini, sektor pembinaan di negara kita semakin pesat berkembang. Lahirnya kontraktor pembinaan seperti "cendawan tumbuh selepas hujan" memberikan impak positif dalam sektor pembinaan, ditambah pula dengan permintaan masyarakat untuk memiliki rumah sendiri mengikut selera dan kos yang ada.


Untuk memenuhi selera dan kehendak pelanggan, pihak kontraktor itu sendiri perlu memainkan peranan dalam penyediaan servis atau perkhidmatan kepada pelanggan seiring dengan arus pemodenan dan teknologi terkini. Tidak hairanlah mengapa pihak kontraktor perlu bersaing darisegi kebolehan, kepakaran dan ilmu teknikal.


Sejak akhir-akhir ini, ramai pelanggan bina rumah lebih gemar memilih konsep rekabentuk rumah modern dan baru yang beredar di laman web mahupun facebook, mereka lebih mudah faham dan senang untuk mencari rekabentuk yang sesuai dengan kehendak mereka. Selepas proses ini, pelanggan akan mencari beberapa kontraktor untuk mendapatkan pandangan ataupun sebutharga berdasarkan konsep yang dipilih.





Dalam proses ini, pelanggan selalunya akan meminta pihak kontraktor untuk menyediakan pelan rumah dan 3D design mengikut konsep yang mereka sudah muatturun contoh dari mana-mana laman web. Ini merupakan BONUS sekiranya pihak kontraktor dapat menyediakan pelan rumah dan 3D visualiasi kepada pihak pelanggan.


Oleh itu, dalam memberikan khidmat yang terbaik, selaku pihak kontraktor perlu memantapkan kepakaran dari segi teknikal (penyediaan pelan, 3D design) samada dengan melantik perunding pihak ketiga (consultant) ataupun perlu mengambil internal designer dalam syarikat mereka.





Pages

KENAPA KONTRAKTOR BINA RUMAH PERLU ILMU 3D DESIGN?

  Sehingga tahun 2020 ini, sektor pembinaan di negara kita semakin pesat berkembang. Lahirnya kontraktor pembinaan seperti "cendawan tu...